Selepas 2 hari try nk bkak blog nie tp still xbole,alhamdulillah skang bru bole..mybe smuenye sb under maintenance,its ok la yg pntg dpt kongsi ilmu lg..
tjuk ari ni bole dikatakan menarik sb kdg2 sbg mnusia kte xtau cmne nk atasi mslh yg kte hdpi..Rasulullah ad bg tip utk kte smue praktikkan dlm khdpn seharian..
1. Musibah datang bersama hikmah
Rasulullah s.a.w percaya dan yakin bahawa setiap ujian yang diberikan oleh Allah kepadanya pasti mempunyai hikmah di sebaliknya. Baginda juga yakin bahawa setiap musibah yang menimpa dirinya adalah merupakan kehendak daripada Allah yang ingin menguji ketabahan serta kerelaan hatinya dan juga para sahabat yang lain di samping meyakini bahawa itulah yang terbaik untuk diri mereka.
2. Dunia medan ujian
Dunia adalah jambatan menuju ke akhirat. Bilal bin Rabah sebagai contohnya tidak meninggalkan islam apabila diseksa dengan dahsyat oleh majikannya sendiri kerana yakin dan percaya bahawa dunia ini bukanlah segala-galanya, sebaliknya akhirat itu yang lebih utama.
3. Melihat musibah yang lebih teruk yang menimpa orang lain.
Tatkala diuji, Rasulullah s.a.w sering menceritakn kepada para sahabat kisah nabi-nabi terdahulu yan menerima ujian yang lebih berat daripada apa yang mereka terima. Mengetahui keadaan orang lain yang lebih susah akan menenangkan diri kita yang seolah-olah memberitahu bahawa ujian yang kita terima itu hanya sedikit sahaja.

Rasulullah s.a.w sentiasa meyakini bahawa setiap ujian yang diberikan kepadanya dan para sahabat adalah bersifat sementara kerana Allah akan memberikan kemenangan dan kejayaan kepada hamba-hambanya yang sabar.
5. Mendampingi Al-Quran dan menghayatinya
Al-Quran merupakan petunjuk bagi setiap hamba yang bertaqwa kepada Allah. Pada zaman Rasulullah, Al-Quran menjadi penghibur bagi hati-hati umat islam yang berada dalam kesedihan..
Tip-tip lain yang boleh diamalkan ketika berhadapn dengan perasaan sedih dan ditimpa musibah ialah :
- Menyedari bahawa keluh kesah akan menambahkan musibah
- Menyedari Allah tidak akan sama sekali mengecewakan hamba-hambanya
- Selalu berzikir
- Mendekatkan diri dengan ajaran islam
- Sentiasa memohon perlindungan daripada Allah agar syaitan tidak menyesatkan kita
- Mencontohi orang yang gembira apabila ditimpa musibah
- Selalu berdoa
Sumber : Solusi edisi-25
No comments:
Post a Comment