Thnks sudi luangkan mase lawat blog ni,singgah la slalu..

Monday 9 May 2011

Fesyen mengikut personaliti diri..

1. Pemalu


Bagi yg pemalu, sudah pasti tidak berminat untuk bergaya ranggi dan keterlaluan. Kamu lebih suka memakai sesuatu yang ala kadar dan sederhana sahaja. Bahkan warna pilihan kamu adalah hitam dan coklat.

Sekali sekala cuba ubah warna baju kamu itu. Gunakanlah warna yang lembut seperti biru muda, merah jambu dan hijau pucuk pisang. Walaupun ianya sopan,tapi kamu akan kelihatan bergaya dan nampak muda.

2. Glamor


Mereka berpersonaliti ini lebih cenderung memperagakan pakaian berkonsepkan berani dan menonjol seperti dres labuh, blous yang mempunyai potongan badan dengan warna-warna cerah seperti merah, kuning ataupun putih.

Tetapi kamu perlu menjaga adab dan tatasusila ketika menggayakan pakaian begini. Jika pakaian ini bertali halus dan mempunyai belahan dada, kamu boleh padankan dengan selendang, kardigan atau jaket. Walaupun baju ini pada awalnya nampak seksi, apabila dipadankan dengan cara yang betul, ia akan menampakkan baju ini kelihatan glamor dan sopan.

3. Keibuan


Personaliti begini biasanya lebih gemar bergaya ringkas dengan mengenakan baju kurung,  jubah atau gaya yang agak matang daripada usianya. Mereka lebih gemar bergaya sebegitu dan kurang menitik beratkan penampilan.

Tidak salah memilih baju kurung sebagai baju rasmi tetapi ikut kesesuaian majlis dan umur kamu. jika kamu muda, tetapi ramai yang meneka umur kamu lebih daripada itu, kamu haruslah segera ubah penampilan kamu. Pilihlah kain daripada fabrik ysng lembut dan bunga yang halus untuk menunjukkan ciri keremajaan kamu. Jika memakai tudung bawal, pastikan cara memakainya lebih terkini dan menutup aurat.

4. Eksklusif


Kamu lebih berminat menyarungkan pakaian berjenama pada badan kamu walaupun pakaian tersebut mahal-mahal belaka. Paling penting kamu puas hati dan berasa seronok dengan penampilan serba mewah menjadi perhatian orang lain. Tetapi, jangan terlalu urban hingga menyesakkan mata yang melihat. Kamu boleh meniru tetapi ikut pada kesesuaian kamu berada. Amalkan sikap bersederhana.



5. Lasak


Kamu sering memilih jeans dan t-shirt sebagai baju piihan kamu kerana ia ringkas dan mudah digayakan. Jika kamu seorang yang lasak, kamu juga boleh bergaya dan menutup aurat. Contohnya, kamu boleh memilih t-shirt lengan panjang dan melepasi paras punggung untuk pakaian seharian kamu.






So, korang bole pilih apakah personaliti korg sebenarnye..

Sumber : dara.com oct 2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...